Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah ketika meninjau perkembangan projek Masjid Kampung Tengah Trusan Lawas. Foto TVS.

Pembinaan pejabat daerah kecil baharu komponen pelan pembangunan Trusan

LAWAS, 13 Dis: Pembinaan Pejabat Daerah Kecil Trusan yang baharu merupakan sebahagian komponen dalam pelan utama pembangunan Pekan Kecil Trusan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek tersebut yang sudah diluluskan akan dibina di tapak baharu.

“Pelan utama pembangunan Daerah Kecil Trusan juga melibatkan bangunan pejabat, anjung usahawan, Masjid Pekan Trusan, bangunan komersial dan sebagainya yang dilaksanakan secara berperingkat,” katanya ketika meninjau Masjid Kampung Tengah Trusan Lawas hari ini.

Turut hadir Setiausaha Politik Premier Awangku Jinal Abidin Dato Pengiran Jawa.

Pada masa sama, Awang Tengah berkata, kerajaan juga akan mempercepatkan pembinaan 20 unit rumah mampu milik yang dilaksanakan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) dengan tapak sudah dikenal pasti.

Menurutnya, Masjid Kampung Tengah Trusan Lawas yang baharu kini dalam proses pembinaan.

Tambahnya, pembinaan masjid baharu itu amat diperlukan masyarakat Islam di kawasan berkenaan bagi memastikan aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan teratur dan selesa.

“Fasa pertama projek ini melibatkan kerja penembokan tanah sudah dilakukan dan masjid berkenaan akan dilengkapi bangunan dewan serba guna selain dataran untuk perniagaan dan kegiatan rekreasi serta kemudahan lain.

“Pembinaan masjid baharu ini mengikut fasa dengan fasa ketiga akan dilaksanakan pada tahun depan, pada masa sama pihak kontraktor sudah diarah untuk melakukan kerja baik pulih kebocoran dan sebagainya,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan