Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada sidang media di Curtin University Malaysia, Miri, hari ini. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

SSLR tingkatkan hubungan Sarawak, Sabah

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 13 Dis: Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) Fasa Dua yang merupakan projek infrastruktur bernilai RM7 bilion akan meningkatkan hubungan antara Sarawak dan Sabah selain memperkenalkan jalan raya lebih selamat.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, SSLR menyaksikan kerja membaik pulih beberapa jalan di kawasan yang memerlukan perhatian.

“Walaupun Red Line pada asalnya berada dalam keadaan terbaik, selepas lapan tahun, beberapa laluan kini memerlukan pembaikan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, dengan peruntukan RM120 juta, kerja pembinaan di beberapa lokasi dijangka siap pada 2025.

Red Line yang merangkumi 136 kilometer laluan ini akan memberi manfaat besar kepada rakyat, walaubagaimanapun, beberapa kawasan sepanjang laluan ini mungkin akan kelihatan berbeza kerana ia tidak termasuk dalam projek asal Lebuh Raya Pan Borneo,” ujarnya.

Alexander turut memberi jaminan projek tersebut akan berjalan lancar sekali gus memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan