Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah. Foto fail AFP

Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia

ByBernama

MADINAH, 13 Dis: Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad berkata permohonan berkenaan disampaikan beliau semasa pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.

“Beliau (Dr Tawfiq) tidak dapat memberikan jawapan pada masa (pertemuan) itu, tetapi beliau sedaya upaya akan cuba untuk memenuhi permohonan kita (Malaysia).

“Permohonan tambahan kuota haji ini bukan sahaja telah kita lakukan secara lisan, tetapi juga secara bertulis sebelum ini,” katanya kepada Bernama selepas majlis makan malam bersama komuniti Malaysia di Madinah di sini pada Khamis.

Pada pertemuan itu, Mohamad yang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi dari 10 hingga 14 Dis, disambut oleh Dr Tawfiq di Al-Masjid Al-Nabawi, kira-kira pukul 12.20 tengah hari waktu tempatan (5.20 petang waktu Malaysia).

Mohamad berkata dalam perbincangan itu juga, Dr Tawfiq memuji pengurusan jemaah haji Malaysia oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

“Jemaah haji Malaysia juga merupakan yang paling berdisiplin. Oleh sebab itu, Malaysia merupakan negara pertama yang telah diberikan tapak untuk penempatan jemaah haji tahun depan.

“Jadi, Tabung Haji sudah boleh mula proses bina khemah di tapak itu lebih awal, biasanya pemberian tapak dimaklumkan lebih lewat,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji 2024 sebanyak 31,600 jemaah, sama seperti tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan