Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gabenor bandar Tokyo, Yuriko Koike mengumumkan rancangan untuk menyediakan penjagaan kanak-kanak secara percuma kepada semua kanak-kanak prasekolah mulai September sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kadar kelahiran yang rendah di Jepun. Foto fail AFP

Tokyo sediakan penjagaan kanak-kanak percuma untuk semua prasekolah mulai September

ByAFP

TOKYO, JEPUN, 12 Dis: Gabenor bandar Tokyo mengumumkan rancangan untuk menyediakan penjagaan kanak-kanak secara percuma kepada semua kanak-kanak prasekolah mulai September sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kadar kelahiran yang rendah di Jepun.

Memetik sumber dari AFP, langkah itu bertujuan mengurangkan beban kewangan keluarga dengan memperluaskan dasar penjagaan percuma yang sebelum ini hanya untuk anak kedua dan seterusnya kepada anak sulung juga.

Walaupun banyak negara maju menghadapi kadar kelahiran yang rendah, masalah ini amat kritikal di Jepun yang mana populasi telah menurun selama bertahun-tahun.

“Jepun sedang berhadapan dengan krisis penurunan jumlah kanak-kanak yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan pulih,” kata gabenor Tokyo, Yuriko Koike ketika mengumumkan rancangan tersebut baru-baru ini.

“Tiada masa untuk berlengah,” tambahnya sambil mengulangi amaran dari Perdana Menteri dan pegawai lain mengenai krisis demografi yang bakal berlaku.

Terdahulu, media Jepun melaporkan bahawa dasar ini yang dilaksanakan di Tokyo, salah satu bandar terbesar di dunia dengan populasi 14 juta orang merupakan inisiatif pertama seumpamanya di peringkat wilayah di Jepun.

Penjagaan kanak-kanak awam kini tersedia untuk ibu bapa yang bekerja di Jepun tetapi kerajaan negara merancang untuk memperluaskan akses kepada semua isi rumah.

Koike juga berkata, awal bulan ini beliau ingin memperkenalkan pilihan bekerja empat hari seminggu untuk kakitangan kerajaan di Tokyo sebagai sebahagian daripada usaha di seluruh negara untuk menggalakkan keibubapaan.

Jepun mempunyai populasi kedua tertua di dunia selepas Monaco dan peraturan imigrasi yang agak ketat menyebabkan negara itu menghadapi kekurangan tenaga kerja yang semakin meningkat.

Koike, bekas menteri dan penyampai televisyen yang telah mentadbir Tokyo sejak 2016, memenangi penggal ketiga pada bulan Julai dengan janji untuk meningkatkan faedah kebajikan sosial sambil mengakui cabaran yang dihadapi penduduk seperti inflasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan