Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung, Yoon memohon maaf kepada rakyat atas kebimbangan yang tercetus. Foto Pejabat Presiden Korea Selatan/AFP

Krisis Politik Korea Selatan: Presiden Yoon Suk Yeol berikrar pertahankan keputusan darurat militer hingga saat akhir

ByAFP

SEOUL, 12 Dis: Presiden Yoon Suk Yeol, pada Khamis berikrar untuk mempertahankan keputusan kontroversialnya dalam mengisytiharkan darurat militer dan mengerahkan tentera ke parlimen negara itu hingga ke saat terakhir.

Memetik sumber dari AFP, langkah mengejutkan Yoon minggu lalu telah mencetuskan gelombang kemarahan di kalangan rakyat dan siasatan ke atas pemberontakan yang melibatkan kalangan dalam pentadbirannya.

Menurut AFP, polis telah meningkatkan siasatan terhadap peristiwa dramatik pada 3 hingga 4 Disember yang mengejutkan sekutu-sekutu Korea Selatan.

“Pada Rabu, pihak berkuasa cuba menyerbu pejabat presiden untuk menyiasat pelaksanaan darurat militer, namun usaha itu dihalang oleh pengawal keselamatan,” menurut AFP.

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung, Yoon memohon maaf kepada rakyat atas kebimbangan yang tercetus.

“Saya memohon maaf sekali lagi kepada rakyat yang pasti terkejut dan bimbang akibat darurat militer ini. Percayalah kepada kesetiaan saya terhadap rakyat,” katanya.

Yoon dijangka akan berdepan dengan undian pemecatan oleh parlimen pada Sabtu ini.

Selain itu, untuk meluluskan usul pemecatan, Demokratik Party (DP) memerlukan sokongan sekurang-kurangnya lapan ahli daripada parti pemerintah, People Power Party (PPP).

Sejak minggu lalu, ribuan rakyat telah turun ke jalanan di Seoul mendesak peletakan jawatan Yoon. Pada masa sama, beberapa pegawai kanan dalam pentadbirannya disiasat termasuk bekas menteri pertahanan Kim Yong-hyun yang dituduh mendesak Yoon untuk mengisytiharkan darurat militer.

Kim yang ditahan pada Ahad dan secara rasmi didakwa pada Selasa, dilaporkan cuba membunuh diri sebelum penahanannya. Bekas menteri dalam negeri serta seorang jeneral yang mengetuai operasi darurat turut disekat daripada meninggalkan negara.

Pemimpin PPP, Han Dong-hoon, menyeru anggota parti untuk mengundi berdasarkan kepercayaan dan hati nurani mereka dalam undian pemecatan yang akan datang.

Dalam ucapan pada Khamis, beliau menuduh pihak pembangkang sebagai punca krisis nasional dan mendakwa parlimen yang dikuasai DP telah menjadi raksasa yang merosakkan susunan perlembagaan demokrasi liberal.

“Saya tidak akan lari daripada tanggungjawab politik dan undang-undang berkaitan pengisytiharan darurat militer ini,” katanya.

Yoon mempertahankan tindakannya dengan alasan untuk melindungi Korea Selatan daripada ancaman kuasa komunis Korea Utara dan unsur anti negara.

Krisis ini terus menjadi perhatian utama dengan masa depan politik Yoon berada di persimpangan besar menjelang undian pemecatan pada hujung minggu ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan