Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Perasmian Kumpulan Wawasan Strategik: Russia-Islamic World di sini , hari ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

PM Anwar gesa tindakan global banteras sikap tidak bertoleransi, islamofobia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa supaya diwujudkan satu usaha global bersepadu bagi menghayati nilai ihsan, keadilan dan kemanusiaan untuk membanteras peningkatan sikap tidak bertoleransi, perkauman dan Islamofobia.

Bercakap pada mesyuarat Strategic Vision Group Russia-Islamic World, Perdana Menteri berkata isu-isu tersebut telah menjadi cabaran berterusan yang dihadapi oleh dunia Islam dan umat manusia secara umumnya, termasuk tragedi yang sedang melanda di Gaza dan kebangkitan fasisme serta perkauman di pelbagai wilayah.

Beliau menegaskan bahawa prinsip As-Samud, Rahmah dan Ihsan atau nilai toleransi, belas kasihan dan kemanusiaan mesti membimbing dunia Islam dalam menangani cabaran global.

“Kita fikirkan bahawa dengan pembangunan, kemajuan dan pengetahuan, akan wujud lebih banyak kebijaksanaan dan toleransi, namun hakikatnya ini tidak berlaku.

“Ini adalah tempoh tragedi besar sedang menimpa umat manusia pada umumnya, dan kebanyakan membabitkan umat Islam, khususnya dari Gaza, dari Eropah di masa lampau, peningkatan kebangkitan fasisme, perkauman, sikap tidak bertoleransi, tindakan yang tidak berperikemanusiaan, kekejaman yang dilakukan kepada manusia, bukan hanya di Palestin dan Gaza khususnya, tetapi juga di banyak negara,” katanya.

Anwar berkata platform seperti mesyuarat Russia-Islamic World ini harus digunakan untuk mempromosi nilai-nilai ini kepada masyarakat antarabangsa kerana ia bukan sahaja relevan untuk dunia Islam, tetapi juga kritikal untuk masyarakat global.

“Kita mesti bekerjasama untuk menentang kebencian dan sikap tidak bertoleransi, memupuk dunia, dan manusia berkembang maju melalui persefahaman dan saling menghormati,” katanya.

Mesyuarat yang berlangsung di sini hari ini dan esok dihadiri lebih 200 wakil dari 32 negara, berfungsi sebagai platform untuk meneroka peluang kerjasama global sambil menangani isu-isu mendesak yang dihadapi oleh masyarakat Islam dan sejagat.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan Wawasan Strategik “Rusia-Dunia Islam” dan Rais Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan