Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengupas inti pati Belanjawan Sarawak 2025 menerusi program wawancara dihoskan Dr Muhammad Asri Mohd Ali.

Pembangunan infrastruktur luar bandar dijangka siap 2030

KUCHING, 11 Dis: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembangunan infrastruktur luar bandar di Sarawak dijangka siap menjelang tahun 2030.

Menurut beliau, ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melengkapkan kemudahan di kawasan luar bandar dan memastikan aksesibiliti yang lebih baik di kawasan-kawasan terpencil.

“Pembangunan infrastruktur luar bandar adalah keutamaan kita. Kita akan pastikan jalan-jalan utama yang menghubungkan rumah panjang dan kampung dengan jalan utama dapat disiapkan.

“Peruntukan untuk pembangunan (Belanjawan Sarawak 2025) kita ialah 10.8 bilion manakala, RM6 bilion khas untuk luar bandar dan ini merangkumi sektor pertanian dan juga jalan raya infrastruktur di kuasa luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Temu Bual Khas Pasca-Belanjawan Sarawak 2025 terbitan TVS yang dihoskan pakar ekonomi dari Universiti Malaya dan ahli Majlis Profesor Negara, Dr Muhammad Asri Mohd Ali.

Beliau juga menyatakan bahawa fokus utama adalah untuk membina jaringan jalan dan memastikan kemudahan asas seperti elektrik dan air dapat dinikmati oleh penduduk luar bandar.

“Sekarang sudah ada sektor infrastruktur yang kita bangunkan tetapi kita mahu jalan penghubung yang boleh menghubungi rumah panjang dan kampung kepada jalan utama dan saya rasa bahawa dalam tahun 2030 jaringan jalan ini, saya rasa siap termasuk bekalan elektrik dan air.

“Sebab itu dari masa ke masa pembangunan luar bandar kita peruntukkannya tinggi di lingkungan antara RM6 dan RM8 bilion kerana kita mempunyai bajet ini lebih kepada RM15 bilion dan operasinya lebih kurang RM4 bilion. Selalunya formula kita 70 peratus pembangunan dan 30 peratus lagi untuk operasi dan luar bandar yang banyak. Jadi kita mesti tingkatkan infrastruktur asas,” jelasnya.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak November lepas, Abang Johari membentangkan Belanjawan Sarawak 2025 sebanyak RM15.8 bilion yang merangkumi RM10.9 bilion tujuan pembangunan, manakala RM4.9 bilion bagi perbelanjaaan mengurus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan