Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis tahan empat lelaki terlibat kes pecah rumah, samun

ByYazid Ibrahim

JOHOR BAHRU, 27 Ogos — Polis menahan empat lelaki dalam empat serbuan berasingan kerana dipercayai terbabit kes pecah rumah dan kedai serta samun di sekitar bandar raya ini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata mereka yang berumur antara 27 hingga 36 tahun itu masing-masing ditahan Pasukan Petugas Jenayah yang ditubuhkan pihak Bahagian Siasatan Jenayah bagi mengesan individu berkenaan.

“Pasukan polis berjaya menahan tiga lelaki dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Skudai dan Iskandar Puteri selain merampas sejumlah dadah daripada mereka. Kesemua mereka mempunyai rekod kes jenayah lampau dan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata susulan tangkapan itu polis berjaya menangkap seorang lagi lelaki di kawasan perumahan Bandar Selesa Jaya serta merampas pelbagai barangan termasuk sebuah motosikal dan dadah. 

Rupiah berkata dengan tertangkapnya keempat-empat individu itu polis berjaya menyelesaikan 11 kejadian pecah rumah dan kedai serta lima kes samun di sekitar Johor Bahru Utara dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes jenayah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

-BERNAMA

Tags: #bm, polis, samun

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan