Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Lukanisman Awang Sauni menjawab pertanyaan berkaitan masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja dibentang 2025

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka akan dibentang pada tahun depan, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata inisiatif strategik itu memfokuskan penglibatan pihak berkaitan berdasarkan pendekatan whole of government dan whole of society bagi meningkatkan tadbir urus kerangka peraturan.

Jelas beliau, pelaksanaan pelan tindakan itu adalah berpandukan Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan 2021-2025.

“Pelan ini dibangunkan untuk memperkukuh aspek promosi, pencegahan dan penjagaan kesihatan mental khusus bagi golongan kanak-kanak dan remaja,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Pakatan Harapan – Bandar Tun Razak) berkenaan keberkesanan langkah-langkah melalui Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 melibatkan kanak-kanak yang mengalami masalah mental.

Dewan Negara: PETRA nilai keperluan panjangkan kawasan projek pengindahan Sungai Melaka

Sementara itu, Lukanisman berkata pelan tindakan itu juga dirangka susulan peningkatan dua kali ganda kes kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi membabitkan kumpulan umur kanak-kanak, remaja dan belia.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat pada minggu lepas.

Dewan Negara: PETRA nilai keperluan panjangkan kawasan projek pengindahan Sungai Melaka

“Dapatan Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2023 turut menunjukkan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja meningkat dua kali ganda iaitu 922,318 bersamaan 16.5 peratus,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan