Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ir Yusuf Abd Wahab bercakap dalam sidang media di Parlimen hari ini. Foto, Amirah Shawel (TVS).

Dewan Rakyat: RUU Perkongsian Data 2024 dibentang esok

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Rang Undang-Undang (RUU) Perkongsian Data (PD) 2024 akan dibentang esok pada Persidangan Dewan Rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi Parlimen Malaysia ke-15, Ir Yusuf Abd Wahab berkata, pihaknya amat mengalukan penggubalan RUU PD 2024 yang disifatkan tepat pada masanya bagi memastikan transformasi pendigitalan berada pada landasan yang sepatutnya.

“Antara manfaat penggubalan RUU PD 2024 termasuk mendigitalkan perkhidmatan kerajaan serta mengurangkan kos penyimpanan data di mana mungkin tidak semua agensi kerajaan memerlukan pangkalan data kerana mereka berkongsi (pangkalan data) dan ia juga akan mengelakkan duplikasi penyimpanan data yang sama antara agensi.

Dewan Rakyat: Laporan pemisahan peranan AG, pendakwa raya dibentang tahun depan

“Selain menjimatkan kos, ia juga akan menyokong membuat keputusan, koleksi data dari pelbagai sumber dan agensi dapat menyokong kerajaan membuat dasar dan keputusan berasaskan bukti,” katanya dalam sidang media RUU PD 2024 di Pusat Media Parlimen Malaysia, di sini hari ini.

Tambah Yusuf, mesyuarat berkenaan cadangan RUU PD 2024 yang melibatkan ahli – ahli jawatankuasa telah berlangsung pada 5 Disember lepas.

“Pihak jawatankuasa menyambut baik inisiatif yang diperkenalkan Kementerian Digital itu demi merancakkan aspek pendigitalan perkhidmatan kerajaan selain memantapkan pengawalseliaan perkongsian data terhadap agensi sektor awam,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan