Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain JDT Muhamad Feroz Baharudin diasak pemain Kuala Lumpur City FC Giancarlo Gallifuoco cuba menanduk bola dari hantaran lintang pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. Foto Bernama

Piala Malaysia: Kuljanac jangka laluan sukar berdepan JDT

ByBernama

ISKANDAR PUTERI, 9 Dis: Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Miroslav Kuljanac menjangkakan laluan sukar menanti anak buahnya dalam pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi dua perlawanan suku akhir Piala Malaysia, selepas kekalahan 0-3 kepada pasukan itu dalam Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Kuljanac berkata ketiadaan dua pemain utama seperti Paulo Josue dan Muhammad Haqimi Azim Rosli yang mewakili skuad Harimau Malaya dalam Piala ASEAN 2024, bakal memberikan impak signifikan kepada pasukan.

“Kami tidak banyak pilihan pemain di bangku simpanan. Bukan mudah dan sekarang saya jangkakan situasi yang lebih sukar memandangkan Declan Lambert juga akan pergi mewakili pasukan kebangsaan.

“Tanpa banyak pemain, kami kena tunggu dan lihat dan saya perlu lakukan sesuatu untuk memastikan kami mampu mengharungi perlawanan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Beliau turut berharap pemainnya kekal sihat dan mengelakkan kecederaan bagi menghadapi perlawanan suku akhir Piala Malaysia menentang Harimau Selatan dengan perlawanan pertama pada 13 Dis dan timbal balik pada 21 Dis ini.

Sementara itu, ketua jurulatih JDT Hector Bidoglio berpuas hati dengan persembahan pasukanya dan memuji pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi atas jaringan hatrik yang memastikan kejayaan mereka malam tadi.

Beliau berkata fokus kini beralih kepada perlawanan Piala Malaysia menentang KL City.

“Piala ini sangat penting buat kami, jadi kami mesti kekal fokus, terus membaiki dan berusaha meningkatkan kemahiran setiap pemain bagi meneruskan momentum kemenangan kami,” katanya.

Dalam perlawanan malam tadi, Arif Aiman menjaringkan gol hatrik pada minit ke-12, ke-36 dan ke-42 perlawanan.

JDT terus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas liga dengan 43 mata daripada 15 perlawanan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan