Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pejalan kaki maut dipercayai dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Setia Raja, Kuching, hari ini. Foto PDRM

Polis mohon saksi tampil bantu siasatan kes kemalangan maut

KUCHING, 9 Dis: Seorang pejalan kaki maut dipercayai dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Setia Raja di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Farhan Lee Abdullah berkata kemalangan membabitkan lelaki berusia lingkungan 30-an tanpa butiran peribadi itu berlaku pada 4.30 pagi.

“Akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak(HUS) di lokasi kejadian sekitar jam 4.45 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Sehubungan itu, polis menyeru orang awam yang melihat kemalangan itu supaya tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Mana-mana orang yang kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Charlie Aloysius di talian 014-8682068 /082-259900 atau hadir ke balai berhampiran,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan