KOTA SAMARAHAN, 9 Dis: Sebuah jentolak yang diparkir terbakar di Kampung Pengkalan Kuap di sini, malam tadi.
Komander Operasi, Kam Leman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.55 malam dengan menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran Sebuah jentolak di dalam kawasan berpagar.
“Pihak bomba melakukan pemadaman menggunakan dua tong buih, satu aliran 100 kaki, satu nozel foambranch, air dari tangki jentera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, akibat kebakaran itu jentolak berkenaan terbakar hampir keseluruhan.-TVS