Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Membersihkan puing kayu terapung tanggungjawab kontraktor dan pemegang lesen pembalakan

ByFreddy Bohari

KUCHING: Semua kontraktor dan pemegang lesen pembalakan di kawasan hulu Baleh sama-sama bertanggungjawab untuk membersihkan dan membuang longgokan puing dan sisa kayu yang terapung secara besar-besaran pada minggu lepas di Batang Baleh dan Batang Rajang.

Insiden longgokan puing dan sisa kayu terapung itu telah menimbulkan kebimbangan Kerajaan Negeri mengenai impak daripada kejadian itu, bukan sahaja ke atas alam sekitar, tetapi juga kepada punca pendapatan penduduk yang tinggal di sepanjang sungai tersebut.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) pada Khamis memaklumkan bahawa insiden itu disebabkan oleh longgokan puing dan sisa kayu yang terkumpul di tapak empangan hidroelektrik Baleh, dan seterusnya keluar menerusi saluran lencongan untuk memasuki Batang Rajang.

Kesimpulan ini dibuat berdasarkan verifikasi di lapangan dan pengawasan udara yang dijalankan oleh JHS pada 22 Ogos lepas bersama agensi kerajaan lain seperti Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (SRB) dan Sarawak Energy Bhd (SEB).

Hujan lebat melebihi 100 mm pada 21 Ogos lalu mencetuskan pergerakan longgokan puing dan sisa tersebut serta limpahan permukaan secara besar-besaran.

Bagaimanapun keadaan reda selepas hujan berhenti di kawasan hulu Baleh.

Kerajaan sudah meluluskan kegiatan pembalakan penyelamatan (salvage logging) sejak 2015 di kawasan tersebut yang akan ditenggelami air bagi tujuan membangunkan empangan hidroelektrik Baleh.

Kegiatan pembalakan penyelamatan yang diluluskan tertakluk kepada kepatuhan sepenuhnya kepada kawalan dan peraturan penuaian.

Sehubungan itu, Pengarah JHS menegaskan jabatannya akan memperketatkan kaedah pemantauan bagi memastikan insiden yang malang itu tidak akan berlaku lagi pada masa depan.

Kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa pasukan petugas khas yang diketuai Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Sumber Asli Sarawak dan dianggotai berbagai agensi dan jabatan kerajaan selain pemegang taruh lain.

Jawatankuasa itu akan menjalankan siasatan terperinci ke atas insiden berkenaan dan mencari penyelesaian untuk mengurangkan isu berbangkit.

Longgokan puing dan sisa kayu terapung di tapak empangan hidroelektrik Baleh, yang seterusnya keluar menerusi saluran lencongan untuk memasuki Batang Rajang.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan