Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir menyempurnakan perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ke-26 bertempat di Dewan Sa’ati hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

SUPP beri sumbangan besar kepada kestabilan, kejayaan GPS

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 8 Dis: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ibarat seperti air tenang yang memberi sumbangan besar kepada kestabilan dan kejayaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia terbukti dengan kepimpinan tertinggi parti tersebut dipilih semula tanpa pertandingan sekali gus menunjukkan ketenangan dan kestabilan.

“Apabila berada di dalam air yang tenang, mudah untuk kapten mengemudi kapal. Sebaik sahaja dia (kapten) dapat mengemudi kapal dengan baik, barulah dapat memberi tumpuan menjaga anak kapal dengan baik.

“Kalau tidak, dia (kapten) akan menghadapi kesukaran kerana terlalu banyak gelombang dan akhirnya mungkin tenggelam kerana tidak mampu mengawal keadaan.

“Kita bersyukur kerana kapal ini (SUPP) berlayar dengan tenang di perairan yang damai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ke-26 di sini, hari ini.

Abang Johari menjelaskan, SUPP memainkan peranan penting dalam GPS untuk memajukan Sarawak ke tahap lebih tinggi termasuk meningkatkan hasil negeri.

“Ia adalah hasil kerjasama GPS yang bekerjasama untuk mencari cara mengukuhkan ekonomi negeri, mengenal pasti kekuatan ekonomi dan memberi fokus kepada bidang yang boleh meningkatkan hasil negeri.

“Apabila kita berada dalam keadaan senang, kita boleh menumpukan kepada usaha membangunkan Sarawak dan rakyatnya termasuk golongan muda,” ujarnya.

Turut hadir Presiden SUPP Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang juga Timbalan Premier Sarawak, Timbalan Presiden SUPP Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Setiausaha Agung Datuk Sebastian Ting Chiew Yew. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan