Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 16 Ogos -- Bangunan Perdana Putra menempatkan pejabat Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.? Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah RiÂ’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.? -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada pengumuman kabinet hari ini

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengesahkan bahawa tiada pengumuman mengenai senarai anggota Jemaah Menteri pada hari ini.

Kenyataan ringkas itu dimaklumkan kepada media sejurus Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Bangunan Seri Putra, Putrajaya kira -kira pukul 3.37 petang tadi.

Terdahulu, Ismail Sabri  menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang bagi mempersembahkan senarai anggota kabinet.

Pada masa sama, PMO turut memaklumkan bahawa masih belum terdapat tarikh dan waktu ditetapkan untuk pengumuman berkenaan.

” Sekiranya ada perkembangan terkini, pasti akan dimaklumkan,” jelas kenyataan berkenaan.-TVS

Ikuti TVS di Telegram, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan