Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sepuluh jambatan di Sukabumi, Jawa Barat yang hancur akibat banjir kilat yang berlaku baru-baru ini.

10 jambatan rosak akibat banjir kilat di Sukabumi

JAKARTA, 7 Dis: Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Sukabumi, Jawa Barat baru-baru ini menyebabkan 10 jambatan rosak.

Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Abdul Muhari berkata. impak kejadian menyebabkan beberapa kawasan terpencil putus perhubungan.

“Jambatan yang dijadikan penghubung untuk merentas antara wilayah kini rosak akibat banjir sehingga laluan terputus dan menyukarkan penduduk menjalankan aktiviti di situ,” katanya.

Menurutnya, jambatan yang rosak menyukarkan pengagihan bantuan logistik dan peralatan diperlukan untuk penduduk terjejas.

Dalam pada itu, Abdul menjelaskan, pihaknya yang dibantu tentera dan polis akan segera menyediakan jambatan kecemasan.

Pengurusan bencana juga masih giat dijalankan sehingga kini bagi memastikan penduduk dapat meneruskan aktiviti harian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan