Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bergambar bersama guru-guru ketika mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan Lengkuas hari ini. Foto Bernama

MOF bekerjasama dengan KPM salur bantuan percepat operasi sekolah terjejas banjir

ByBernama

ALOR SETAR, 7 Dis: Kementerian Kewangan (MOF) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyalurkan bantuan segera bagi membaik pulih sekolah yang terjejas akibat banjir.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu bertujuan membolehkan sekolah yang terlibat dapat kembali beroperasi secepat mungkin.

“Hari ini, Skuad Ihsan MADANI MOF bersama 120 ahli turun padang melakukan pembersihan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lengkuas, SK Suka Menanti, SK Seri Amar Diraja dan Klinik Desa Sungai Baru.

“Skuad ini diaktifkan bagi misi pascabanjir dalam membantu aspek pembersihan, penghantaran bantuan makanan serta bantuan lain yang bersesuaian,” katanya selepas meninjau Skuad Ihsan MADANI MOF membersihkan kesan banjir di SK Lengkuas dekat sini hari ini.

Beliau berkata skuad berkenaan terdiri daripada tenaga kerja MOF, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), CIMB Bank dan GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN).

Amir Hamzah berkata melalui program itu juga bantuan dapat disampaikan dengan segera, terus kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bahawa mereka yang terkesan dengan musibah seperti banjir ini diberikan bantuan dengan segera tanpa banyak birokrasi supaya mereka boleh segera kembali kepada kehidupan harian mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga mengambil kesempatan meninjau kerja-kerja pemulihan banjir di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dekat sini.

Dalam lawatan hari ini, MOF turut menyampaikan sumbangan penggantian permaidani bagi Masjid Suka Menanti dan Masjid Kariah Derang manakala sebanyak 1,300 bantuan bakul makanan turut diberikan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Gunung dan SK Sri Gunung.

Bantuan lain termasuk keperluan pembersihan diri, tilam, tikar, penggantian peralatan rosak di masjid, jet air, but kalis air, sarung tangan dan topeng muka untuk kegunaan semasa kerja-kerja pembersihan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan