Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Agong berkenan terima sembah senarai Kabinet baharu

SERI Paduka Baginda berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Memetik satu muat naik di laman Facebook Istana Negara, sesi menghadap kali ini yang telah berlangsung selama 1 jam 30 minit merupakan sesi kali kedua bagi Ismail Sabri selaku Perdana Menteri.

“Sesi menghadap yang pertama telah berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos 2021 lalu,” menurut kenyataan itu.

Setelah selesai sesi menghadap, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan mengurniakan santapan tengah hari kepada Ismail Sabri.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan