Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Kemboja Hun Manet di sini, hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

Sarawak bincang kerjasama ekonomi, pelancongan dengan Kemboja

ByLuqman Muhammad

PHNOM PENH, 7 Dis: Sarawak dan Kemboja mengadakan perbincangan strategik berhubung peluang kerjasama dalam sektor ekonomi dan pelancongan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, komitmen tersebut menandakan langkah positif ke arah pengukuhan hubungan antara Sarawak dan Kemboja serta membuka peluang baharu untuk memperluaskan kerjasama demi manfaat bersama.

“Saya berpeluang untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan berbincang mengenai beberapa perkara yang mampu merapatkan hubungan antara Kemboja dan Malaysia khususnya Sarawak.

“Salah satu topik utama dalam perbincangan adalah usaha untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dengan menekankan potensi sektor pelancongan yang mana kedua-dua negara mempunyai banyak tempat bersejarah yang menarik untuk dikembangkan,” kata Abang Johari ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Kemboja Hun Manet di sini, hari ini.

Abang Johari juga berkongsi inisiatif Sarawak untuk mengambil alih syarikat penerbangan yang diharapkan dapat memperbaiki perhubungan antara kedua-dua negara.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan kemungkinan mewujudkan laluan penerbangan langsung antara Kuching dan Phnom Penh yang hanya memakan masa dua jam perjalanan bagi memudahkan pergerakan antara kedua-dua destinasi.

Tambah Abang Johari, usaha ini diharap dapat memberi manfaat kepada sektor pelancongan dan perniagaan serta meningkatkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

“Kami cuba untuk merapatkan perhubungan antara Kemboja yang mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah, begitu juga dengan Sarawak yang kaya dengan sejarah,” kata Abang Johari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan