Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki diberkas dipercayai terlibat dalam aktviti pengedaran dadah di Kampung Tudan, Lutong, Miri. Foto IPD Miri

Lelaki diberkas terlibat aktiviti pengedaran dadah di Miri

MIRI, 7 Dis: Seorang lelaki diberkas dipercayai terlibat dalam aktviti pengedaran dadah di Kampung Tudan, Lutong di sini, pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada jam 12.15 tengah malam.

“Hasil serbuan tersebut telah menjumpai dan merampas 18 paket plastik kecil lutsinar pelbagai saiz masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 8.30 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan berjumlah RM830,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri bagi permohonan reman dan diluluskan selama empat hari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan