Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID: 180,000 dos vaksin satu suntikan Cansino dihantar ke Sabah

KOTA KINABALU: Sebanyak 180,000 dos vaksin COVID-19 jenis CanSino telah dihantar ke Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Ingin dimaklumkan sejumlah 180,000 dos vaksin satu suntikan CanSino telah pun dihantar ke negeri Sabah.

“Diharapkan vaksin CanSino dapat mempercepatkan dan memudahkan liputan vaksinisasi khususnya di kawasan pedalaman dan kumpulan sasar yang telah dikenal pasti,” katanya menerusi laman sosial Facebook dan Twitter hari ini.

Pada Selasa lepas, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Rose Nani Mudin dilaporkan berkata Sabah pada hari itu menerima kumpulan pertama vaksin COVID-19 jenis CanSino sebanyak 53,000 dos manakala kumpulan seterusnya dijangka diterima pada bulan ini.

– BERNAMA

Tags: #bm, CanSino, sabah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan