Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
National Rail turut memberi amaran bahawa perkhidmatan kereta api mungkin dibatalkan, ditunda sehingga 15 minit, atau disemak semula. Foto hiasan Envato

Perkhidmatan kereta api UK lumpuh akibat kerosakan sistem komunikasi

ByBernama

LONDON, 6 Dis: Perkhidmatan kereta api di seluruh Britain tergendala berikutan kerosakan sistem komunikasi pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyataan National Rail.

“Terdapat kerosakan menyeluruh pada sistem komunikasi di dalam kereta api,” kata National Rail dalam satu kenyataan, menjelaskan bahawa masalah itu berkaitan dengan sistem radio antara pemandu dan pengendali isyarat.

Antara rangkaian yang terjejas termasuk Gatwick Express, Great Northern, Southern, dan Thameslink.

National Rail turut memberi amaran bahawa perkhidmatan kereta api mungkin dibatalkan, ditunda sehingga 15 minit, atau disemak semula.

“Kami menjangkakan gangguan ini berterusan sehingga pukul 12.00 tengah hari,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan