Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pengarah syarikat swasta di Sibu kerugian kira-kira RM1 juta apabila terpedaya dengan iklan pelaburan di Facebook. Foto hiasan

Pengarah syarikat lesap RM1 juta gara-gara tertarik iklan pelaburan

KUCHING, 6 Dis: Seorang pengarah syarikat swasta di Sibu kerugian kira-kira RM1 juta apabila terpedaya dengan iklan pelaburan di Facebook.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata lelaki dalam lingkungan umur 30-an itu membuat laporan polis selepas sedar pelaburan yang tidak wujud.

“Pada pertengahan Oktober 2024, mangsa menyatakan semasa berada di rumah, mangsa telah melayari laman sosial facebook dan tertarik dengan iklan pelaburan ‘arcadia equity’.

“Mangsa telah menekan pautan dan dimasukkan ke dalam group WhatsApp ‘SPDR Finance Business College,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa berurusan dengan seorang individu yang tidak dikenali (suspek) melalui aplikasi whatsapp.

Suspek kemudian mengarahkan mangsa untuk memuat turun aplikasi ‘AE Online’ dan mendaftar akaun pelaburan mangsa menggunakan aplikasi tersebut.

Mangsa yang terpedaya telah melakukan beberapa transaksi wang secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila mangsa diminta untuk membuat transaksi pembayaran lain dan tidak dapat mengeluarkan pulangan keuntungan di dalam aplikasi ‘AE Online,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan