Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menunaikan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan mangsa banjir di Masjid Darul Hana, Kuching, malam ini. Foto TVS

Dr Abdul Rahman sertai solat hajat doa kesejahteraan mangsa banjir

KUCHING, 5 Dis: Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta lebih 100 jemaah menunaikan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan mangsa banjir di Masjid Darul Hana di sini, malam ini.

Menurutnya, solat hajat ini adalah sebagai tanda sokongan, selain bertujuan untuk mendoakan keselamatan mangsa banjir di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Beliau berpesan agar mangsa banjir sentiasa berhati-hati dan mematuhi segala arahan dikeluarkan pihak berkuasa.

“Mangsa banjir perlu mengikuti maklumat pengumuman yang telah dikongsi serta disiarkan oleh jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan terutama dari segi aspek keselamatan keluarga masing-masing.

“Sekiranya kita dinasihatkan untuk berpindah, maka haruslah kita perlu berpindah ke pusat-pusat pemindahan sementara,” katanya ketika ditemui pemberita selesai menunaikan solat hajat.

Beliau turut menitipkan doa agar seluruh mangsa yang terlibat diberikan ketabahan dalam mendepani musibah banjir ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Abang Borhanuddin Abang Ahmad Masuine. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan