Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga unit bangunan rumah kedai di Jalan Padungan terbakar hari ini. Foto JBPM

Tiga unit rumah kedai di Padungan terbakar

KUCHING, 5 Dis: Tiga unit bangunan rumah kedai di Jalan Padungan di sini, terbakar petang tadi.

Komander Operasi, Tan Min Chai berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.55 petang dengan menggerakkan 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dibantu BBP Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan tiga unit bangunan rumah kedai di tingkat atas telah terbakar.

“Unit pertama dan kedua terbakar 80 peratus, manakala unit ketiga terbakar 40 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba menjalankan operasi pemadaman untuk mengawal kebakaran dari merebak ke bangunan berhampiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan