Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika mengadakan perbincangan dengan syarikat China untuk membangunkan loji petrokimia di Sarawak. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Syarikat petrokimia China bincang bina loji petrokimia di Sarawak

BEIJING, 5 Dis: Cadangan sebuah syarikat petrokimia terkemuka China untuk membangunkan sebuah loji petrokimia canggih di Sarawak disambut baik Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurutnya, pembinaan loji ini dijangka akan merancakkan aktiviti ekonomi dan mengembangkan teknologi ke rantau ini.

“Kerajaan Sarawak komited untuk menjalin kerjasama yang mempromosikan pertumbuhan industri mampan dan inovasi.

“Kami menantikan kajian kebolehlaksanaan syarikat ini untuk menilai daya maju projek ini serta kesannya terhadap pembangunan Sarawak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Untuk merealisasikannya, syarikat ini mengadakan perbincangan dengan delegasi kerajaan Sarawak yang diketuai Awang Tengah di sini, semalam.

Pembinaan loji itu membabitkan kerjasama syarikat dari China dengan syarikat tempatan sebagai rakan strategik dalam melaksanakan projek petrokimia ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan