Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap di Majlis Makan Malam Apresiasi UNIFOR 2024 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), malam ini. Foto TVS

Tiada peruntukan tambahan selagi projek yang telah diluluskan belum dilaksana – UNIFOR

ByRegina Lee

KUCHING, 4 Dis: Tiada peruntukan tambahan disalurkan untuk projek yang telah diluluskan tetapi belum dilaksanakan.

Demikian tegas Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika mendedahkan 84 projek yang dibiayai Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) belum dimulakan setakat ini.

Menurutnya dasar yang ditetapkan UNIFOR amat jelas, sehingga dana yang diluluskan untuk projek semasa digunakan sepenuhnya.

“Untuk 84 projek yang belum dimulakan ini, dasar UNIFOR menetapkan tiada dana tambahan akan diperuntukkan sehingga dana projek yang diluluskan digunakan sepenuhnya.

“Berkenaan dengan 563 projek yang masih belum mengemukakan laporan status, saya menyeru kepada ketua-ketua agama untuk bekerjasama dan menghantar laporan terkini mereka dengan segera.

“Saya harap mesej ini amat jelas, agar dapat menjalankan projek yang telah lulus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Apresiasi UNIFOR 2024 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) pada Rabu.

Menurut Uggah, dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Sarawak memastikan bahawa rumah ibadat dan organisasi keagamaan dapat berkembang dan maju untuk memenuhi keperluan komuniti masing-masing.

Ini kerana menurut beliau, UNIFOR kini sedang meneliti permohonan tambahan untuk fasa pembiayaan seterusnya dan telah menerima 640 permohonan dengan jumlah keseluruhan permintaan sebanyak RM431 juta setakat ini.

Pada majlis sama, Uggah merangkap Menteri bertanggungjawab UNIFOR turut mendedahkan pihaknya kini sedang membangunkan Sistem Pengurusan Perkhidmatan Agama Lain (ORSEM).

“Untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan, meningkatkan kapasiti, dan kecekapan dalam memantau projek-projek ini, UNIFOR sedang giat berusaha untuk mendigitalkan perkhidmatannya dengan membangunkan ORSEM.

“Bagi memperkenalkan inisiatif pendigitalan ini, sesi latihan telah diadakan tahun ini melibatkan 452 pentadbir, termasuk pelbagai rumah ibadat, Pejabat Residen dan Pejabat Daerah,” katanya lagi.

Tambah beliau, seramai 825 peserta dari pelbagai rumah ibadat di seluruh Sarawak telah menghadiri taklimat Perkhidmatan Digital Kerajaan Sarawak yang diadakan di Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri dan Limbang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan