Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mike Jonathan John, 28, guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Serupai, Tatau, Sarawak, menjadi contoh nyata pengorbanan seorang pendidik yang bersungguh-sungguh menabur bakti di kawasan pedalaman.

Redah kawasan pedalaman 10km demi mendidik anak bangsa

PUTRAJAYA , 5 Dis: Pengorbanan seorang guru tidak terhad kepada bilik darjah malah melangkau cabaran fizikal dan teknikal demi memastikan anak murid mereka berjaya.

Mike Jonathan John, 28, guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Serupai, Tatau, Sarawak, menjadi contoh nyata pengorbanan seorang pendidik yang bersungguh-sungguh menabur bakti di kawasan pedalaman.

Ketika ditemu bual selepas Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-48 pada Rabu, beliau berkongsi pengalaman penuh cabaran bagaimana dirinya mengatasi kesukaran mengajar di kawasan yang serba kekurangan.

Antara cabaran terbesar dihadapi beliau ialah masalah liputan Internet yang lemah, memaksanya keluar sejauh 10 kilometer (km) dari rumah selepas waktu mengajar bagi mencari sambungan Internet yang lebih stabil bagi menyediakan bahan pembelajaran.

“Lokasi yang mempunyai liputan Internet yang baik biasanya di bawah jambatan Kuala Tatau,” jelas Mike yang hari ini bergelar lulusan Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Bagaimanapun, cabaran itu tidak mematahkan semangatnya walaupun terpaksa naik ke bangunan sekolah pada waktu malam untuk mendapatkan sambungan Internet demi menyelesaikan persiapan mengajar untu keesokan hari.

“Saya juga mengambil inisiatif membeli signal booster bagi menguatkan liputan Internet untuk kegunaan mengajar dan belajar pada ketika itu,” katanya.

Beliau berkata liku-liku yang dilaluinya sebagai seorang guru di kawasan pedalaman menjadi pembakar semangat dalam melanjutkan pengajian demi memastikan dirinya mampu menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar yang lebih baik.

“Saya sering berpesan kepada anak murid saya agar menjadi seorang yang berpendidikan dan insan berguna kepada keluarga, masyarakat serta keluarga.

“Walaupun kita datang daripada keluarga yang jauh dari bandar namun pendidikan adalah keutamaan untuk mengubah kehidupan keluarga dan diri kita,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan