Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menghadiri Simposium Tekstil Ikat Dunia (Worlds Ikat Textile Symposium) yang diadakan di Baguio Convention and Cultural Center (BCCC) Filipina.

Abdul Karim lakukan lawatan kerja ke Baguio, hadiri Simposium Tekstil Ikat Dunia

ByTVS

FILIPINA, 3 Dis: Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melakukan lawatan kerja tiga hari di Baguio bermula hari ini.

Pada lawatan tersebut, beliau menghadiri Simposium Tekstil Ikat Dunia (Worlds Ikat Textile Symposium) yang diadakan di Baguio Convention and Cultural Center (BCCC) di sini.

Dalam satu kenyataan, kementerian tersebut memaklumkan penyertaan kali ini adalah selaras dengan objektif Sarawak untuk bertukar pengetahuan mengenai teknik tenunan ikat dan strategi pemeliharaan dengan negara lain.

“Ia secara tidak langsung menunjukkan komitmen Sarawak dalam memelihara dan mempromosikan kraf ikoniknya di peringkat global.

Selain itu, lawatan dan persidangan ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antarabangsa bagi diplomasi budaya, pertukaran seni, dan penyelidikan bersama, sambil meningkatkan keterlihatan kraf Sarawak dalam industri kreatif global, pada masa sama simposium ini menyokong usaha untuk memelihara tradisi tenunan pribumi dan meneroka aplikasi moden bagi tekstil ikat,” kata kenyataan tersebut.

Ikat, merupakan teknik pewarnaan rintang tradisional yang digunakan untuk menghasilkan corak tekstil yang rumit dan turut terkenal dalam kalangan masyarakat Iban seperti pua kumbu.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, Setiausaha Tetap Kementerian, Datu Sherrina Hussaini dan Pengurus Majlis Kraf Sarawak, Suriya Charles.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan