Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan cuaca cerah sejak semalam memberi peluang kepada mangsa banjir untuk pulang membersihkan rumah masing-masing. Foto Bernama

Banjir surut, penduduk mula bersihkan rumah masing-masing

ByBernama

JITRA, 3 Dis: Keadaan banjir yang sudah surut membolehkan mangsa banjir di Taman Tabung Haji, Kepala Batas, di sini pulang membersihkan rumah masing-masing, hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati penduduk di kawasan tersebut membawa keluar daripada rumah pelbagai barangan yang rosak dan dikumpulkan serta membersihkan kesan lumpur di dalam rumah.

Seorang penduduk Rukiah Mahmud, 69, berkata dia dan suami Ku Shariman Ku Hashim, 67, mula membersihkan rumah sejak pagi tadi, namun tidak mampu mampu melakukan banyak kerja kerana faktor usia.

“Saya dan suami dua-dua warga emas, kalau ada bantuan daripada badan bukan kerajaan atau sukarelawan memang sangat membantu, sebab terlalu banyak kerja pembersihan yang perlu dilakukan.

“Saya tinggal berdua sahaja di rumah ini, anak-anak tinggal jauh dan mereka hanya boleh balik ke sini pada Jumaat nanti untuk membantu bersihkan rumahnya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Rukiah berkata dia tidak tahu jumlah kerugian yang dialaminya disebabkan banjir yang melanda pada Khamis lepas, menyebabkan banyak peralatan rumah rosak dan tidak dapat digunakan.

“Saya reda dengan apa yang berlaku, walaupun banyak kerugian yang dialami namun saya bersyukur kerana nyawa saya masih ada dan tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu,” katanya yang merupakan pesara kerajaan.

Bagi Mohd Aswad Azizan, 37, banjir kali ini menyebabkan dia kerugian kira-kira RM20,000 ekoran kerosakan pelbagai barangan di dalam rumah yang tidak sempat diselamatan.

“Masa banjir berlaku air naik perlahan, jadi saya ingat tidak teruk, tapi kemudian air naik mendadak sehingga 1.5 meter menyebabkan saya tidak sempat menyelamatkan barangan,” katanya yang juga seorang peniaga.

Bagi Azlan Shah Zakaria, 37, pula, dia sempat memindahkan barangan di dalam rumahnya ke tempat lebih tinggi, ketika banjir mula melanda kawasan perumahan itu pada malam Khamis.

Namun, dia tidak menyangka paras air naik naik dengan cepat dan tinggi menyebabkan barangan tersebut turut ditenggelami air dan rosak.
“Habis kesemua peralatan seperti peti ais, mesin basuh dan perabot rosak. Tetapi barangan elektrik mungkin ada antaranya boleh dibaiki lagi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan