Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Portal SemakMule berjaya sekat jenayah komersial – PM

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 3 Dis : Portal ‘SemakMule’ yang diperkenalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) diiktiraf sebagai langkah efektif bagi menyekat jenayah komersial di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, sehingga 31 Oktober 2024, portal berkenaan telah merekodkan lebih 181,628 nombor telefon, 222,092 nombor akaun bank dan 1,395 nama syarikat yang terlibat dalam penipuan dalam talian.

Dewan Rakyat: Portal SemakMule berjaya sekat jenayah komersial – PM

“Portal ini memainkan peranan penting dalam melindungi rakyat.

“Berdasarkan lebih 32 juta carian dibuat dengan 22.2 juta daripadanya berjaya menyelamatkan individu daripada menjadi mangsa pemindahan wang kepada akaun ‘mule’ ,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Suhaizan Kaiat (Pakatan Harapan -Pulai) yang ingin tahu punca kenaikan kes dan langkah pencegahan terhadap 361 kes disyaki terbabit dalam jenayah pinjaman wang tidak berlesen dalam tempoh sembilan hari bermula 4 November lepas.

Portal berkenaan yang boleh diakses menerusi laman web https://semakmule.rmp.gov.my](https://semakmule.rmp.gov.my) kata Anwar terbukti mampu membendung jenayah dengan melibatkan pelbagai agensi seperti PDRM, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau turut mendedahkan jumlah kerugian akibat jenayah dalam talian di Malaysia mencecah RM1.224 bilion dari Januari hingga Oktober tahun ini.

“Ini meliputi kes penipuan seperti ‘love scam’, pinjaman dan pelaburan tidak wujud, serta penipuan e-dagang.

“Langkah penguatkuasaan menerusi operasi khas seperti Op Vulture yang dijalankan dari 4 hingga 12 November 2024 turut berjaya,” katanya.

Tambah beliau operasi berkenaan menyaksikan 361 penahanan serta penyitaan melibatkan sindiket pemberi pinjaman wang haram yang melanggar undang-undang selain tujuh premis pemberi pinjaman wang berlesen juga diserbu atas pelanggaran peraturan.

“Kerajaan juga telah melaksanakan pindaan undang-undang seperti Seksyen 116D, yang memberi kuasa kepada polis berpangkat Sarjan ke atas untuk menyekat transaksi kewangan mencurigakan,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan bahawa langkah ini disokong oleh penggubalan Akta Keselamatan Dalam Talian yang akan dibentangkan tahun hadapan.

“Ini adalah usaha berterusan untuk memastikan rakyat terlindung dari jenayah scam yang semakin canggih,” tambah beliau.

Selain itu, beliau memaklumkan SKMM telah menyekat lebih 1.4 bilion panggilan meragukan, 1.2 bilion SMS tidak diminta, dan 9,474 laman web palsu bagi menghalang penyebaran penipuan.

Dalam perkembangan sama Anwar turut memuji langkah kerjasama ASEAN dalam memantau dan menangani jenayah siber rentas sempadan yang bernilai AS$64 bilion di rantau ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan