Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya tiada penambahbaikan dalam prestasi kontraktor projek. Foto: JPSM Sabah (FB)

Prestasi kontraktor pelaksana JENDELA Fasa 1 di Sabah masih belum memuaskan

ByBernama

KOTA KINABALU, 2 Dis : Proses pelaksanaan Fasa 2 Jalinan Digital Negara (JENDELA) dijangka bermula tahun depan namun prestasi kontraktor pelaksana dalam hasa pertama di Sabah masih belum memuaskan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Justeru, beliau telah mengarahkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi negeri (MOSTI) untuk memantau rapi pembinaan menara telekomunikasi di bawah fasa pertama projek JENDELA di Sabah.

“Kementerian MOSTI negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mesti memastikan kerja-kerja disiapkan mengikut jadual.

“Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya tiada penambahbaikan dalam prestasi kontraktor projek ini,” katanya dalam satu kenyataan selepas lawatan kerja ke MOSTI negeri di Wisma Bandaraya di sini hari ini.

Dalam lawatan tersebut, Hajiji telah dimaklumkan oleh pihak MCMC bahawa hanya 217 daripada 382 menara atau 57 peratus di bawah fasa pertama Projek JENDELA telah siap dibina di Sabah.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif dan Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan