Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari ketika penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat, hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat : Perolehan aset baharu ambil kira keperluan ATM selaku pengguna akhir

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Kementerian Pertahanan menjelaskan proses perolehan aset negara termasuk melalui pendekatan kerajaan dengan kerajaan (G2G) sentiasa mengutamakan keperluan pengguna akhir seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata pandangan serta penilaian teknikal cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meliputi darat, udara dan laut menjadi asas dalam setiap pembelian aset bagi memastikan keperluan sebenar dipenuhi.

“Model di Kementerian Pertahanan siapa pun jadi kerajaan, perkara paling asas adalah kehendak daripada pengguna itu sendiri. Pengguna bukan sahaja dilibatkan di peringkat awal, malah penilaian aset turut dilakukan sebelum pemilikan.

“Kalau pengguna tidak menerima aset itu, aset tersebut tidak boleh diterima. Ini antara prinsip utama. Kita tidak boleh membiarkan pengguna kita cenderung kepada mana-mana pembuatan atau syarikat tertentu kerana ia boleh memberi kesan buruk. Sebab itu pengguna sendiri menyediakan spesifikasi (aset),” katanya.

Dewan Rakyat: Tiada caj tersembunyi harga mingguan RON97 dan diesel

Beliau berkata demikian ketika penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) dalam sesi perbahasan menyentuh isu salah laku melibatkan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Beliau mendakwa bahawa salah laku tersebut yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit kerana spesifikasi diminta oleh ATM selaku pengguna akhir tidak diikuti. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan