Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang anggota tentera ditemukan lemas semasa menyeberangi sebatang sungai di kawasan hutan simpan Taman Negeri Royal Belum di Gerik, Jumaat lalu. Foto hiasan Envato

Anggota tentera ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang di Hutan Royal Belum

GERIK, 2 Dis: Seorang anggota tentera ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang disyaki lemas semasa cuba menyeberangi sebatang sungai di kawasan hutan simpan Taman Negeri Royal Belum di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu kira-kira pukul 8.56 pagi hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa dilaporkan sedang menjalankan tugas gerakan Operasi Kota Echo/Foxtrot di kawasan hutan tersebut bersama tujuh anggota tentera yang lain.

“Hasil siasatan awal, kejadian berlaku pada Jumaat kira-kira pukul 6 petang semasa kumpulan anggota tentera itu cuba menyeberangi Sungai Merah.

“Kedua-dua mangsa telah gagal menyeberangi sungai dan dihanyutkan oleh arus deras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, pihaknya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menjalankan penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebelum menemui seorang mangsa yang meninggal dunia akibat lemas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan