Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh berucap pada Mesyuarat Majlis Kayu Tropika Antarabangsa ke-60 di Yokohama, Jepun, hari ini.

Sarawak teroka ekonomi hijau, sasar pelepasan karbon sifar 2050

ByAsmah Adenan

KUCHING, 2 Dis: Kerajaan Sarawak komited membangunkan ekonomi hijau dengan tujuan mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata ia merupakan sebahagian strategi tenaga bersih yang lebih luas dengan matlamat mengurangkan karbon dan menghijaukan sistem pengangkutan serta beralih kepada ekonomi rendah karbon.

Menurutnya, peralihan Sarawak menggunakan campuran tenaga yang lebih hijau adalah luar biasa memandangkan peralihan yang signifikan dari 92 peratus bahan api fosil pada tahun 2010 kepada 70 peratus kuasa hidro pada 2024.

“Tenaga hidro boleh diperbaharui kita akan menjadi antara enjin utama untuk mencapai matlamat iklim iaitu peralihan dari penjanaan elektrik yang menghasilkan karbon dioksia kepada tenaga hijau dan boleh diguna semula,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucaptamanya bertajuk “Sarawak Beyond Timber: Exploring New Pathways Towards Carbon Neutral” sempena Mesyuarat Majlis Kayu Tropika Antarabangsa ke-60 di Yokohama, Jepun, hari ini.

Len Talif mengetuai delegasi Sarawak ke Yokohama, Jepun bagi mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan selama lima hari bermula hari ini hingga 6 Disember.

Jelas beliau lagi, Sarawak juga sedang meneroka strategi pengurusan sisa bersepadu sebagai sebahagian daripada pendekatan ekonomi kitaran.

Ini termasuk teknologi sisa kepada tenaga (WTE) yang memperoleh tenaga daripada bahan sisa yang tidak boleh dikitar semula melalui pembakaran, sekali gus mengurangkan penggunaan tapak pelupusan sisa.

Beliau berkata, bagi menyokong laluan ke arah neutral karbon, Sarawak telah mewujudkan rangka kerja dasar dan peraturan yang kukuh seperti Dasar Ekonomi Hijau untuk Sarawak,2022; memperkukuhkan Kanun Tanah dan Ordinan Hutan bagi membolehkan aktiviti karbon serta Ordinan Alam Sekitar (Pengurangan Emisi Gas Rumah Hijau) 2023, undang-undang pertama seumpamanya di negara ini.

“Pindaan Ordinan Hutan untuk memasukkan peruntukan bagi pewartaan Hutan Lipur yang juga akan menggalakkan ekonomi hijau melalui faedah bukan kayu dan aktiviti rekreasi hutan.

“Sarawak amat mengalu-alukan kerjasama dengan badan antarabangsa dan negara-negara anggota ITTO bagi berkongsi inisiatif penyelidikan dan pembangunan yang memanfaatkan pendekatan inovatif dalam pengurusan hutan, pemulihan landskap, pemeliharaan biodiversiti dan yang paling penting kesejahteraan komuniti,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan