Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan Balingian tengah hari Ahad. Foto IPD Mukah

Lelaki maut motosikal bertembung pikap

MUKAH, 1 Dis : Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Balingian, hari ini.

Insiden kira -kira jam 12.00 tengah hari mengakibatkan mangsa, Hii Hing Siong, 63 meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitendan Muhamad Rizal Alias berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan pacuan empat roda itu bergerak dari arah Tatau manakala motosikal mangsa pula dari arah Balingian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda yang bergerak lurus dari Tatau menghala ke Balingian, ketika tiba di KM 6, Jalan Kuala Balingian, kenderaan itu melanggar sebuah motosikal yang bergerak dari arah bertentangan secara tiba-tiba memasuki laluannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat insiden tersebut, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Balingian.

“Sementara itu, tiga lelaki yang masing-masing berusia 26 hingga 36 tahun dalam kenderaan pacuan empat roda berkenaan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan