Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman menyerahkan hadiah kemenangan kepada pasukan nasyid Festival Kesenian Islam Daerah Limbang. Foto TVS

Sarawak sasar bangunkan kawasan 14,000 hektar untuk tanaman padi

LIMBANG, 1 Dis: Sarawak menyasarkan untuk membangunkan kira-kira 14,000 hektar kawasan bagi penanaman padi di wilayah ini melalui peruntukan RM1 bilion sekali gus menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, bagi Daerah Limbang, kementeriannya mengenal pasti 400 hektar kawasan penanaman padi melibatkan Kampung Pendam.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menjelaskan bagi Daerah Lawas pula, sebanyak 100 hektar kawasan akan dibangunkan untuk penanaman padi melibatkan Daerah Kecil Sundar kerana kawasannya yang strategik bagi tanaman itu.

“Sasaran keseluruhan tanaman baharu padi adalah membabitkan 14,000 hektar di seluruh Sarawak. Ini termasuk untuk kawasan di Limbang dan Lawas dan bagi Daerah Limbang, 400 hektar kawasan penanaman padi dibangunkan di Kampung Pandam.

“Di Lawas kita mengenal pasti 100 hektar di kawasan Sundar, projek ini melibatkan peruntukan RM1 billion,” katanya kepada media ketika ditemui selepas Majlis Penangguhan dan Penyampaian Hadiah Festival Kesenian Islam Daerah Limbang di Dewan Suarah Limbang hari ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dan Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely.

Kata Dr Abdul Rahman, sejajar hasrat itu Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan merombak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak kepada dua unit untuk menyelenggara dan membangunkan parit serta tali air di kawasan bandar dan kawasan pertanian.

Jelasnya, satu unit JPS diletakkan di bawah Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) khas untuk menyelenggara dan membangunkan parit dan tali air di kawasan pertanian.

Manakala satu lagi unit di bawah Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyelenggara dan membangunkan parit dan tali air di kawasan bandar.

Langkah itu katanya adalah bagi menampung keperluan beras domestik selain bagi tujuan eksport serta mengurangkan kebergantungan kepada beras import.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan