Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berucap semasa Program Hari Kesihatan Lelaki 2024 di Pasaraya Mydin di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Jadikan hari kesihatan lelaki acara tahunan

KUCHING, 1 Dis: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berperanan sebagai perintis bagi menggerakkan Program Hari Kesihatan Lelaki di Malaysia terutama Sarawak.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, program tersebut unik kerana ia julung kali diadakan di Sarawak khusus untuk golongan lelaki.

Menurutnya, beliau mencadangkan agar Program Hari Kesihatan Lelaki dijadikan acara tahunan di Sarawak bagi memupuk kesedaran masyarakat tentang kesihatan lelaki.

“Jadi saya ingatkan kalau boleh setiap tahun UNIMAS menganjurkan program ini sepanjang bulan November.

“Kalau tidak ada orang yang ingin menjadi penyokong insyaallah saya boleh menjadi penyokong kepada program UNIMAS ini,” katanya.

Beliau berucap semasa Program Hari Kesihatan Lelaki 2024 di Pasar raya Mydin di Kuching pada Ahad.

Penganjuran program sehari bermula jam 10 pagi hingga 3 petang itu turut memberikan perkhidmatan pemeriksaan percuma kepada masyarakat.

Antara pemeriksaan yang disediakan adalah tekanan darah tinggi, kolestrol dan kencing manis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan