Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing menyerikan Majlis Makanan Malam anjuran SK Sungai Petai Sarikei, malam tadi. Foto TVS

Kejayaan projek hidroponik SK Sungai Petai wajar dicontohi

BINTANGOR, 1 Dis: Kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai di sini, melaksanakan tanaman hidroponik wajar dicontohi, sebagai pendekatan untuk menjana pendapatan sekolah sekali gus menyemai minat murid terhadap pertanian cara moden itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, program hidroponik kelolaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) itu amat berjaya, membuktikan kesungguhan mereka melaksanakannya.

Katanya, kejayaan sekolah dalam melaksanakan tanaman hidroponik bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar dari segi pendidikan dan pembangunan diri, tetapi juga membantu dalam memupuk nilai-nilai kepedulian terhadap alam sekitar.

“Saya difahamkan sekolah ini menjana pendapatan bulanan daripada jualan sayur hidroponik. Tahniah SK Sungai Petai kerana tidak pernah mensia-siakan bantuan yang diberikan oleh agensi Kerajaan. Sesungguhnya pencapaian seperti ini yang kita mahukan,” katanya pada Majlis Makan Malam Amal anjuran PIBG SK Sungai Petai, semalam.

Beliau berkata, inisiatif yang dilaksanakan PIBG itu juga berupaya membantu membangunkan kemahiran kerjasama, komunikasi dan kepimpinan, di samping meningkatkan rasa tanggungjawab.

Secara tidak langsung katanya, usaha itu turut membantu peranan penting PIBG dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah melalui pelbagai pendekatan.

“Sehubungan itu, saya menggesa usaha baik ini diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan projek naik taraf Jalan utama SK Sungai Petai melalui permohonan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Meradong.

Pada majlis yang sama, Kuong Hiing menyerahkan geran khas RM4,000 sempena majlis makan malam itu selain sumbangan RM 5,000 bagi membantu aktiviti tahunan, pada tahun depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan