Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
sarawak tertinggi vaksin dos penggalak
sarawak tertinggi vaksin dos penggalak

Empat PPV di Sibu tangguh sementara Program Imunisasi COVID-19

SIBU: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam di bahagian Sibu ditangguhkan sementara berkuatkuasa 30 Ogos kelak.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bahagian Sibu dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu melibatkan PPV Stadium Tertutup Sibu, PPV Dewan Serbaguna Sibu Jaya, PPV Dewan Serbaguna Selangau dan PPV Dewan Pejabat Daeah Kanowit.

PPV Stadium Tertutup Sibu

Bagi individu yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 atau mempunyai janji temu suntikan dos kedua boleh hadir ke Klinik Kesihatan Lanang, Klinik Kesihatan Sibu Jaya, Klinik Kesihatan Selangau atau Hospital Kanowit untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Bagaimanapun, program vaksinasi bergerak, bas cucuk vaksin dan pusat vaksinasi di Pasar Sentral Sibu secara ‘walk-in’ masih beroperasi seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian hotline PPV Daerah Sibu, 019-8159608 atau melalui pesanan ringkas atau ‘whatsapp’ di talian 016-7154991.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan