Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan MASwings akan menawarkan enam laluan baharu antarabangsa jika berjaya dibeli oleh Kerajaan Sarawak. Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak

Penerbangan terus ke Korea Selatan, Jepun dan Jerman antara laluan baharu MASwings

KUCHING, 1 Dis: Penerbangan terus ke Korea Selatan, Jepun dan Jerman antara enam laluan baharu antarabangsa bagi syarikat penerbangan MASwings apabila Kerajaan Sarawak memuktamadkan Perjanjian Jual Beli (SPA) daripada anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG) itu pada hujung tahun ini.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, destinasi-destinasi penerbangan itu secara tidak langsung memberikan akses pelancongan kepada kedua-dua destinasi.

“Dalam impian saya bagi destinasi penerbangan (MASwings) ialah ke Korea; Jepun; Hong Kong; Bangkok, Thailand; Jakarta, Indonesia dan Frankfurt, Jerman.

“Dapat kita melancong dan membawa para pelancong ke Sarawak supaya mereka dapat makan mi kolok dan (akan) terus laku di antara pelancong,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penghargaan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Setiausaha Kewangan Sarawak dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baru di sini malam tadi.

Demi menampung keperluan itu, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak akan membeli beberapa pesawat baharu setelah proses pengambilan syarikat penerbangan itu berjaya dimuktamadkan kelak.

MASwings: Kerajaan Sarawak, MAG tandatangani SPA, Disember ini

Pada 18 November lepas, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, Kerajaan Sarawak dan MAG akan menandatangani SPA pada 31 Disember ini.

Menurut beliau, selepas SPA ditandatangani, pemindahan pemilikan MASwings daripada MAG kepada Kerajaan Sarawak dijangka mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan.

Selepas pengambilalihan, Kerajaan Sarawak bercadang untuk menjadikan MASwings sebagai pengendali penerbangan serantau dalam jarak penerbangan empat hingga tujuh jam, menjadikan Sarawak sebagai pintu masuk utama untuk perjalanan udara serantau.

Menurut Kim Shin, ia selaras dengan visi Sarawak untuk meningkatkan profilnya sebagai destinasi antarabangsa dan menarik pelaburan asing, dengan peningkatan kesalinghubungan udara memainkan peranan penting dalam usaha tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan