Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki autisme yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada Khamis, ditemukan lemas di anak Sungai Keluang Hilir, berhampiran Sekolah Menengah Imtiaz Besut di Kampung Raja dekat sini, pagi tadi. Foto hiasan Envato

Lelaki autisme ditemukan lemas

ByBernama

JERTIH, 30 Nov: Seorang lelaki autisme yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada Khamis, ditemukan lemas di anak Sungai Keluang Hilir, berhampiran Sekolah Menengah Imtiaz Besut di Kampung Raja dekat sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat Muhammad Helmi Azman, 26, pada 11.44 pagi.

“Mayat mangsa ditemui tersangkut pada dahan pokok di anak sungai tersebut dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam berdasarkan keadaan mayatnya,” katanya dalam kenyataan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata sebelum ini polis menerima laporan daripada ibu mangsa memaklumkan anak lelakinya keluar dari rumah di Taman Pesiaran Limbongan iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa ditemukan.

Sementara itu, Senah Othman, 64, berkata anaknya keluar dari rumah antara pukul 2.30 hingga 4 petang ketika dia sedang tidur.

“Anak saya penghidap autisme kronik kerana dia tidak mampu bercakap dan kalau terlepas keluar memang dia tidak tahu jalan untuk pulang ke rumah.
“Sejak hilang, setiap hari pencarian dilakukan penduduk kampung dan ahli keluarga namun dia hanya ditemui hari ini dalam keadaan sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di Hospital Besut di sini hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan