Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Lelaki kait petai maut terjatuh dari pokok

SUNGAI PETANI, 30 Nov: Seorang lelaki yang bekerja mengambil upah mengait petai maut selepas terjatuh pokok di sebuah kebun di Kampung Perlis, Tikam Batu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Ahmad Yaakop, 60, ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian disyaki akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian itu disedari selepas penduduk kampung memaklumkan kepada adik lelaki mangsa berusia 51 tahun bahawa abangnya itu telah terjatuh dari pokok petai.

Katanya, penduduk kampung telah menghubungi ambulans Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini sebelum pegawai perubatan yang hadir mengesahkan kematian mangsa.

“Semakan rekod kesihatan mangsa juga mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod rawatan di HSAH.

“Pemeriksaan ke atas mayat si mati di tempat kejadian mendapati dia mengalami pelbagai kecederaan pada kepala, pergelangan tangan dan kaki,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Wan Azharuddin, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik HSAH bagi urusan bedah siasat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan