Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga orang maut dalam kebakaran yang memusnahkan dua bengkel, dua rumah dan sebuah kedai di Ilir Timur II, bandar Palembang, Sumatera pada Khamis. Foto hiasan Envato

3 maut dalam kebakaran di Palembang, Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 29 Nov: Tiga orang maut dalam kebakaran yang memusnahkan dua bengkel, dua rumah dan sebuah kedai di Ilir Timur II, bandar Palembang, Sumatera, menurut polis tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.

“Berdasarkan siasatan awal, kebakaran dipercayai bermula di sebuah bengkel sebelum merebak dengan cepat ke bangunan berhampiran. Mangsa terperangkap dalam kebakaran itu dan gagal menyelamatkan diri,” kata Ketua Polis Ilir Timur II, Desy Ariyanti.

Mangsa yang maut termasuk dua penghuni sebuah rumah serta seorang pekerja bengkel yang identitinya masih belum disahkan.

Selain itu, dua lagi mangsa melecur teruk dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan