Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SSPCA menjemput semua komuniti untuk menyokong tempat perlindungan haiwan dan membantu mengumpul dana sebagai usaha berterusan bagi menyediakan penjagaan dan perlindungan untuk haiwan yang memerlukan. Foto SSPCA

SSPCA kembali anjur Bazar Amal Krismas

ByAsmah Adenan

KUCHING, 28 Nov: Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) akan mengadakan Bazar Amal Krismas pada 8 Disember di Dewan Masyarakat MBKS bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Menurut kenyataan SSPCA, bazar kali ini turut menampilkan kelainan dengan penganjuran haiwan angkat.

“Kami menggalakkan sesiapa sahaja untuk turut serta dalam penganjuran haiwan angkat dan membuka peluang untuk haiwan ini mencari peluang kedua untuk hidup.

“Pasukan kami yang berdedikasi bersedia untuk membimbing anda melalui proses pengambilan dan membantu anda mencari haiwan peliharaan yang sempurna,” menurut kenyataan tersebut.

SSPCA turut menjemput semua komuniti untuk menyertai pihaknya dalam menyokong tempat perlindungan haiwan dan membantu mengumpul dana sebagai satu usaha berterusan bagi menyediakan penjagaan serta perlindungan untuk haiwan memerlukan.

“Pelbagai jenis barangan juga dijual termasuk makanan dan minuman, barangan makanan kering, makanan bermasak, makanan ringan, pakaian terpakai, buku terpakai dan pelbagai permainan yang kesemuanya ditaja oleh penyokong SSPCA .

“Dengan menawarkan banyak jualan pada harga yang berpatutan, ini adalah peluang yang sesuai untuk mencari hadiah unik untuk musim cuti sambil menyumbang kepada haiwan memerlukan,” jelas kenyataan tersebut.

SSCPA masih lagi mencari beberapa organisasi yang bermurah hati membantu mengumpul dana dengan  menubuhkan gerai jualan.

Untuk pembelian kupon bazar atau sumbangan barangan sila hubungi 011-72551927. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan