Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki orang kena tahan (OKT) warga Indonesia yang lolos ketika berada di Kompleks Mahkamah Alor Gajah pada hari Isnin lepas, berjaya ditahan semula pukul 6.10 petang semalam di sebuah kebun durian di Taman Melaka Pindah di sini.

OKT lari semasa di Kompleks Mahkamah berjaya ditahan semula di kebun durian

ByBernama

ALOR GAJAH, 28 Nov: Seorang lelaki orang kena tahan (OKT) warga Indonesia yang lolos ketika berada di Kompleks Mahkamah Alor Gajah pada hari Isnin lepas, berjaya ditahan semula pukul 6.10 petang semalam di sebuah kebun durian di Taman Melaka Pindah di sini.

Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Md Nazri Zawawi berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan pihak berkuasa dalam Ops Kesan yang melibatkan pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia, pasukan Gerakan Am Batalion Enam dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Bertindak atas maklumat yang diterima, pasukan serbuan telah ke kebun durian berkenaan bagi mengesan suspek, dan menemukan lelaki yang tidak pasti identitinya sebelum mengarahkannya berhenti.

“Bagaimanapun suspek enggan berhenti serta cuba melarikan diri, dan berlaku pergelutan dalam proses menangkap suspek kerana dia enggan memberi kerjasama, menyebabkan dia mengalami bengkak di muka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek kemudian diarah menunjukkan kad pengenalan diri untuk diperiksa namun gagal mengemukakannya, serta mengaku bahawa dirinya ialah Musliadi Arahman dari Indonesia berusia 38 tahun.

Md Nazri berkata suspek ditahan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri dari tahanan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Isnin lepas polis Melaka melancarkan operasi Op Kesan bagi memburu seorang lelaki warga asing yang melarikan diri dengan tangan bergari dari Kompleks Mahkamah Alor Gajah di sini.

Lelaki itu dibawa ke mahkamah oleh anggota JKDM untuk sebutan semula kesnya yang dituduh mengedar dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan