Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita selamat melahirkan anak perempuan keenamnya di hospital  selepas kediaman mereka di Rumah Panjang Engkeng, Sungai Amang di Kapit, dilanda bencana banjir awal pagi tadi. Foto JBPM

Mangsa banjir dipindahkan bomba selamat lahirkan anak di hospital

KAPIT, 27 Nov: Seorang wanita selamat melahirkan anak perempuan keenamnya di hospital  selepas kediaman mereka di Rumah Panjang Engkeng, Sungai Amang di sini, dilanda bencana banjir awal pagi tadi.

Komander Operasi, Muhammed Sufyian Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes banjir di rumah panjang itu jam 5 pagi tadi dengan menggerakkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku banjir di kawasan rumah panjang itu dengan paras air tiga meter dan satu meter hampir dengan lantai rumah panjang.

“Anggota bomba lengkap memakai Pakaian Perlindungan Diri (PPE) membuat pemeriksaan di lokasi yang dilaporkan dengan menggunakan dua set tali untuk menyemberangi dari jambatan besi berhampiran ke rumah panjang tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba telah memindahkan seorang lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa yang salah seorang berusia 26 tahun yang sedang sarat mengandung dan hendak melahirkan anak menggunakan perahu penduduk kampung.

“Pasukan Bomba telah menghubungi Pihak Unit Kecemasan Hospital Kapit untuk mengambil perempuan mengandung tersebut,” ujarnya.

Katanya, wanita berkenaan telah dihantar oleh orang awam menggunakan van ke Unit Kecemasan Hospital Kapit dan selamat melahirkan anak sekitar jam 7.30 pagi di hospital. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan