Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah semasa menerima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) daripada Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Foto: Penerangan

Sharifah Hasidah, Dr Abdul Rahman dahului 96 penerima Pingat Peringatan Jubli Intan

KUCHING, 27 November: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mendahului senarai seramai 96 individu menerima Pingat Peringatan Jubli Intan sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka di Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.

Penganugerahan bagi Anugerah Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) itu disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, di sini.

Penganugerahan itu merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan oleh Kerajaan Sarawak kepada mereka yang telah memberikan khidmat bakti serta sumbangan tidak ternilai kepada pembangunan Sarawak sejak era kemerdekaan hingga ke hari ini.

Seterusnya majlis menyaksikan seramai 33 penerima Pingat Peringatan Bakti Jubli Intan (Perak) dan 61 penerima Pingat Peringatan Terpuji Jubli Intan (Gangsa) menerima pingat masing-masing. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan