Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi mempersembahkan hasil kraf tempatan kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Hajah Norashikin. Turut menyaksikan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalannya, Datuk Snowdan Lawan semasa Majlis Persidangan dan Ekspo Borneo Craft Global (BCG) 2024 di Tebingan Sungai, Kuching hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

BCG 2024: Sarawak berpotensi jadi hab industri kraf, destinasi pelancongan kreatif

BySteward Dawi

KUCHING, 27 Nov: Sarawak berpotensi menjadi hab industri kraf dan destinasi pelancongan kraf tangan terkemuka di rantau ini, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu, bagi merealisasikan hasrat itu Kerajaan Sarawak melalui kementeriannya berhasrat mewujudkan ekosistem yang berkembang maju sekali gus meningkatkan serta mempromosikan ketukangan artisan kraf tempatan di wilayah ini.

“Seni ketukangan bukan sekadar menghasilkan artifak yang indah semata-mata, tetapi ianya mewakili warisan, budaya dan semangat pantang menyerah kita.

“Ia adalah bukti kekayaan sejarah kita dan jambatan yang menghubungkan masa lalu dengan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan dan Ekspo Borneo Craft Global (BCG) 2024 di Tebingan Sungai, Kuching hari ini.

Terdahulu, majlis turut menyaksikan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan mencemar duli merasmikan Majlis Perasmian Borneo Craft Global 2024 di sini.

Turut menyerikan majlis, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Industri Kreatif dan Seni Persembahan), Datuk Snowdan Lawan dan Timbalan Menteri Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan), Datuk Sabastian Ting Chiew Yew.

Abdul Karim dalam pada itu optimis BCG 2024 menjadi satu platform membangunkan industri kraf tempatan dan memupuk kerjasama dan inovasi dalam kalangan artisan, usahawan dan pihak berkepentingan.

“Kita (Kerajaan Sarawak) percaya kerjasama yang tersemai dapat mewujudkan persekitaran yang bertenaga, kreativiti berkembang dan menentukan kraf tempatan mampu bersaing di peringkat global,” jelasnya.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak seterusnya menggesa setiap artisan kraf tempatan, usahawan dan penggubal dasar mengambil peluang keemasan itu untuk berhubung, bekerjasama dan mencipta kraf bersama.

Untuk rekod, BCG 2024 dianjurkan oleh Majlis Kraf Sarawak (SCC) dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) dan Business Event Sarawak (BESarawak).

BCG 2024 dihadari 300 delegasi persidangan, 500 peserta pameran dan 30 penceramah yang datang dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Iran, Taiwan, Mongolia, Perancis, dan Uzbekistan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan